Tuesday, 13 November 2012

Tumbuhan herba

                                                        POKOK KEMANGI
                                                         PAKU-PAKI
                                                              ALOEVERA
                                                            LEMBA
                                                          BUNGA KENANGA


Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.
Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.





4 comments:

  1. Pokok pokok di atas memang berkesan untuk membuat ubat.

    ReplyDelete
  2. Herba-herba yang diperbuat daripada pokok-pokok dijelaskan atas bukan saja murah dibangingkan dengan ubat-ubat modern, ya juga berkesan dan baik untuk tubuh badan kerana tidak ada bahan-bahan kimia.

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang memanfaatkan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete